Monday, 18 November 2019

Angin Kencang, Laut Bergelora Landa Terengganu Bermula Esok

SHARE
Foto- Google.


KUALA TERENGGANU, 18 November - Angin kencang dan laut bergelora dijangka akan melanda negeri pantai timur termasuk Terengganu bermula esok dan akan berlarutan sehingga Sabtu ini, 23 November.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan semalam mengatakan, amaran kategori pertama yang berpunca daripada angin timur laut itu berkelajuan pada 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Keadaan itu adalah berbahaya untuk aktiviti laut melibatkan bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan angin kencang dan laut bergelora terbabit.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: