Friday, 29 November 2019

63 Peserta Menerima RM579,000

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 28 November- Seramai 63 orang peserta program Jaya Diri Parlimen Besut menerima cek Pinjaman Modal RM579,000.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, kerajaan Terengganu serius membantu usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

"Dengan menyediakan modal bagi memulakan perniagaan dapat membantu para usahawan.

"In shaa Allah program sebegini akan diteruskan lagi dengan skala yang lebih besar lagi," jelasnya.


Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek di Dewan Pusat Aktiviti Warga Emas Kampung Paya Rawa, Besut pada 27 November.

Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu, Kamarulzaman Awang, dan Pegawai YPK Kawasan Besut, Wan Zulfazlee Wan Mustafa.

Oleh itu, beliau berharap agar pinjaman itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi membesarkan perniagaan yang diusahakan.

Azbi juga berkata, manfaat yang dikurniakan oleh Allah daripada perniagaan tersebut dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan.







SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: