Sunday, 24 November 2019

Sidang DUN : 370 Unit PPRT Terengganu Mulai 2017 Hingga 2019

SHARE


MB (kanan) bersalaman dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Putrajaya baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU, 24 November – Jumlah rumah di bina di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ialah sebanyak 370 unit termasuk 273 unit melalui peruntukan Kerajaan Negeri dan 97 unit melalui peruntukan Kerajaan Pusat mulai tahun 2017 hingga tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pada tahun 2017 jumlah bina baru rumah berkenaan berjumlah 152 unit termasuk Pejabat Daerah (PD) Besut sebanyak 55 unit, PD Hulu Terengganu (41), PD Kemaman (16), PD Kuala Nerus (14), PD Marang dan PD Dungun masing-masing 10 unit, PD Kuala Terengganu (enam) manakala PD Setiu tiada pembinaan dibuat.

Beliau menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik di Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 14 (Bajet) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Wan Hapandi ingin tahu jumlah rumah PPRT yang dibina melalui peruntukan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mengikut daerah mulai dari 2017 hingga 2019.

Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang seterusnya berkata, melalui peruntukan kerajaan negeri sebanyak 72 unit PPRT dibina baru pada tahun 2018 termasuk 32 unit oleh PD Besut, PD Dungun (20), PD Marang (tujuh), PD Kuala Terengganu dan PD Kuala Nerus masing-masing empat unit, PD Kemaman dan PD Hulu Terengganu masing-masing dua unit dan PD Setiu (satu).

Sementara itu katanya, pada tahun 2019 sebanyak 49 unit rumah itu dibina baru termasuk 12 unit oleh PD Kuala Terengganu, PD Hulu Terengganu (10), PD Kuala Nerus (lapan), PD Besut dan PD Marang masing-masing lima unit, PD Dungun (empat) serta PD Setiu tiada pembinaan.

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri berkata, dari 97 unit PPRT yang dibina Kerajaan Pusat itu sebanyak 44 unit di bina tahun 2019 termasuk oleh PD Kuala Terengganu, PD Kemaman, PD Marang dan PD Setiu masing-masing enam unit, PD Dungun, PD Besut, PD Hulu Terengganu dan PD Kuala Nerus, masing-masing lima unit.

Manakala tahun 2017 pula katanya, sebanyak 40 unit rumah itu dibina termasuk oleh PD Dungun sebnyak 13 unit, PD Kemaman dan PD Hulu Terengganu masing-masing sebanyak lima unit, PD Marang dan Kuala Nerus masing-masing empat unit, PD Kuala Terengganu, PD Besut dan PD Setiu masing-maing tiga unit.

Sementara itu pada 2018 sebanyak 13 unit rumah dibina termasuk oleh PD Besut, PD Setiu dan PD Kuala Nerus masing-masing sebanyak empat unit, PD Dungun (satu) manakala PD Kuala Terengganu, PD Kemaman, Hulu Terengganu dan Marang masing-masing tiada pembinaan rumah dibuat.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: