Tuesday, 12 November 2019

2,000 Syiling Emas Curi Tumpuan Majlis Konvokesyen ke-17 UMT

SHARE
Syiling Emas Edis Khas.


KUALA TERENGGANU, 12 November- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengumumkan akan mengeluarkan 2,000 keping Syiling Emas Edisi Khas sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-19 yang akan berlangsung pada 16 hingga 18 November ini.

Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT Dr Riswadi Azmi berkata menyatakan syiling emas berkenaan dikeluarkan bagi mempromosi Tabung Wakaf Ilmu (TWI) dan pengumpulan dana wakaf daripada penjualannya iaitu sebanyak RM3 daripada setiap syiling dengan berat 0.5 gram yang terjual dengan harga RM140 sekeping.

Manakala, bagi syiling seberat satu gram, akan dijual dengan harga RM230 dan sebanyak RM6 daripadanya akan disumbangkan kepada TWI.

UMT menjangkakan pulangan sumbangan bagi pengeluaran tahun pertama itu adalah sebanyak RM7,500.00 hasil penjualan 500 keping syiling satu gram dan 1500 keping syiling 0.5 gram.

Dalam kenyataan media di Kampus UMT Kuala Nerus, semalam beliau berkata, pemilihan syiling emas tersebut kerana sifat emas yang unik dan sentiasa berharga serta dikenali ramai.

“Emas kini sangat sesuai disimpan dan dijadikan pelaburan yang baik dalam jangka masa panjang,” katanya.

Riswadi turut mempelawa orang ramai mendapatkan koleksi edisi khas berkenaan bagi menyumbang kepada TWI dan maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di Seksyen Zakat, Wakaf dan Infaq (ZAWIN) Pusat Islam Sultan Mahmud UMT.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: