Saturday, 30 November 2019

200 Peserta Khatan Dirai Kelilingi Bandar Marang

SHARE

Oleh: Aslam Wira

MARANG, 30 November - Seramai lebih 200 orang kanak-kanak telah dirai, diarak menaiki pacuan empat roda, diiringi paluan kompang mengelilingi bandar Marang.

“Program itu bertujuan membantu ibu bapa menyempurnakan tanggungjawab untuk memastikan anak-anak menyelesailan tuntutan kebersihan dalam islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata pada masa sama menjadi motivasi kepada adik-adik, apabila melihat ramai rakan mereka yang turut serta sekaligus mengurangkan kebimbangan mereka.

“Seperti sedia maklum, jika dilakukan secara persendirian kosnya mungkin agak mahal tetapi dengan program ini pihak pejabat DUN menanggung keseluruhannya, bahkan ada juga sumbangan lain daripada pihak penganjur," katanya

Beliau berkata demikian merasmikan Majlis Khatan Perdana Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang di Masjid As-Salam, Kijing.

Pelaksanaan program yang seumpama itu mampu menjadi penanda aras kepada pejabat dun dan kerajaan negeri dalam mendekati masyarakat.

Turut hadir adalah Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Harun Yusof, dan Ahli Majlis Daerah Marang, Yusuf Abdul Hadi.

Pengarah program, Ziyad Zakaria berkata, program ini merupakan acara tahunan yang dijalankan di DUN Rhu Rendang.

“Seramai lebih 200 orang peserta ini telah dipilih melalui 21 cawangan yang terdapat di dalam dun ini,” tambahnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: