Sunday, 3 November 2019

17 MPKK DUN Bandar Terima Mesin Rumput

SHARE
Wakil MPKK bergambar bersama mesin rumput yang diterima.



Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU, 1 November- Sebanyak 17 Majlis Pengerusan Komuniti Kampung (MPKK) seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar menerima sebuah mesin rumput bagi membantu memudahkan kerja-kerja gotong-royong di kampung masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, beliau mengharapkan dengan pemberian mesin rumput daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Bandar itu akan dimanfaatkan sebaiknya.

“Mesin rumput ini bukanlah alat yang boleh digunakan untuk merangkumi semua kerja gotong royong, walaupun begitu, kami berharap agar ia dapat menampung kelengkapan bagi kerja-kerja gotong royong di kampung”, katanya.
 
Ahmad Shah nyata komitmen bantu keperluan MPKK untuk permudahkan urusan masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan mesin rumput kepada wakil-wakil dari setiap MPKK, baru-baru ini.

Penyerahan mesin rumput itu dibuat di pejabat PKM yang turut dihadiri oleh Pegawai Khas ADUN Bandar, Haji Khalid Embok.

Ahmad Shah turut menyatakan komitmen akan berusaha mendapatkan keperluan lain untuk memudahkan urusan MPKK melalui peruntukan akan datang.

“Untuk permulaan ini, kami memberi mesin rumput dahulu dan kami akan berusaha mendapatkan peruntukan (peruntukan ADUN) seterusnya bagi memenuhi keperluan barangan lain untuk kegunaan orang kampong,” katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: