Friday, 29 November 2019

10 Buah Tempat Perpindahan Banjir Di Hulu Besut Dibuka

SHARE


BESUT, 29 November – Sebanyak 10 pusat pemindahan banjir dibuka  di DUN Hulu Besut bagi menempatkan 457 mangsa banjir dari 113 buah keluarga pada hari ini  ekoran hujan lebat bermula semalam menyebabkan rumah mereka di tenggelami air.

Pengawai Penyelarasnya, Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, mereka ditempatkan di Sekolah LKTP Tenang, dewan terbuka Belaoh, Dewan Masjid Kampung La, Sekolah Kebangsaan Seri Payung dan Surau Seberang La.

Selain itu, mereka ditempatkan di Surau PPRT Kampung Bela Oh, Balai Raya Kmpung Durian Telor, Surau Perumahan Bukit Cina, Bangunan seberguna masjid Kampung Bukit Payung dan Surau Kampung Bukit Mali.

“Sekarang ini hujan masih lagi lebat dan banyak jalan di Hulu Besut ini banyak yang tersekat. Di Kampung Jerubun hanya kenderaan berat macam lori saja yang boleh lalu ataupun 4x4 sahaja.

“Manakala di Kampung Bekok memang tak boleh lalulah sekarang ini. Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memang tidak dapat nak hantar makanan ke mukim Tenang dan Hulu Besut,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, terdapat banyak jalan yang tidak dapat dilalui menyebabkan pihak JPAM dan bomba  tidak boleh menghantar bantuan kepada mangsa dilanda musibah itu.

“Sekarang ini pihak JPAM dan bomba hanya boleh sampai ke Bukit Payung dan Bukit Bekok sahaja. jalan ke keruak memang tak boleh nak lalu manakala Batu 13 air terlalu dalam.

“Di Kampung Durian Telur memang terkepung, kalau kita nak masuk ke Padang luas atau ke Pasir Akar tak boleh nak masuk kerana terkepong macam satu pulau,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau berharap agar setiap pengerusi  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) agar memberi laporan semasa kepada pihak yang berkenaan.



“Insya Allah saya akan cuba dapatkan maklumat yang lanjut dari semasa ke semasa yang berkemungkinan macam-macam perkara akan berlaku.

“Sama-sama doakan semoga Allah selamatkan kita semua,” tambah beliau.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: