Thursday, 17 October 2019

Wujud CFS, Elak Hidupan Liar Pupus

SHARE

DUNGUN, 17 Oktober- Pelan Induk Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) diwujudkan bertujuan menjaga seluas 108,700 hektar khazanah hutan dan memulihara habitat hidupan liar di Terengganu.

Tanggungjawab yang dijalankan bersama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu itu dapat membantu membentuk rangkaian kawasan hutan yang terpisah kerana pelbagai faktor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satipul Bahari Mamat,  berkata dia dimaklumkan terdapat empat koridor ekologi CFS di Terengganu.

Katanya, apa yang direkodkan itu adalah Hutan Simpan tembat hingga  taman negara; Hutan Simpan Jerangau, persisir Pantai Dungun- Taman Negara; persisir Pantai Setiu- Taman Negara.

"Manakala kawasan CFS seluas 108,700 hektar merangkumi hutan simpan kekal, taman negara, tanah kerajaan dan tanah bermilik.

"Semua khazanah hutan itu sangat penting kerana bukan sahaja beupaya mengekalkan kehijauan alam sekitar malah mengelak kepupusan haiwan liar seperti gajah dan harimau," katanya


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Roadshow Pelaksanaan CFS. di Taman Reakreasi Bukit Besi, di sini, hari ini.

Satipul turut memberitahu, kerajaan negeri berharap semua proses pembangunan di kawasan koridor akan menitikberatkan semua aspek yang diperlukan.

"Langkah itu penting bertujuan menjamin kelangsungan fungsi koridor CFS sebagai kawasan perlindungan biodiversiti," katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: