Thursday, 3 October 2019

Wanita Perlu Bijak Urus Wang

SHARE


KUALA TERENGGANU, 3 Oktober- Golongan wanita hari ini terutama yang sudah berumahtanggan perlu bijak menilai,  mengurus dan menyimpan wang demi membentuk keluarga sejahtera dan stabil

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata berdasarkan rekod Agensi Kewangan dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendapati tahap kesedaran rakyat Malaysia berkaitan pengurusan kewangan  agak membimbangkan.

Katanya, seorang daripada setiap lima penduduk langsung tidak mempunyai simpanan setiap bulan.

“Apa yang dinyatakan itu sangat membimbangkan, kita perlu ubah sikap dengan mengamalkan perbelanjaan secara berhemah dan jangan boros

“Sebagai contoh keperluan itu, makan, namun makan di kedai mewah menjadi kehendak. Berkenderaan itu keperluan, namun menyolek kenderaan dengan aksesori mencantikkan kenderaan itu kehendak.

“Berpakaian itu keperluan, namun memilih jenama itu kehendak. Harus dinilai banyak aspek agar penjimatan sentiasa menjadi keutamaan kita,”katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Wanita Bijak Wang, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Menurutnya, rezeki Allah memang telah ditetapkan kepada setiap manusia. Perlu diingat bahawa, kemampuan mengurus rezeki itu juga adalah rezeki.

“Islam tidak menolak konsep perancangan masa hadapan. Dan meletakkan target dan matlamat dalam kehidupan.

“Semua kita merancang dan perancangan Allah sudah tetap dan terbaik untuk manusia,”katanya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: