Wednesday, 30 October 2019

Wanita Benteng Utama Institusi Keluarga

SHARE


 

Oleh: Aslam Wira

MARANG,  30 Oktober- Tanggungjawab wanita terutama yang bergelar ibu amat besar bukan sahaja dalam kerangka kekeluargaan namun melibatkan kemajuan dan kewibawaan sesebuah negeri.

Isteri Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata menjadi satu kewajipan kepada golongan itu untuk mempersiapkan diri dengan penguasaan ilmu sama ada ilmu fardhu ain dan kifayah

Katanya, dia percaya pada hari ini berdepan dengan satu zaman yang sangat mencabar, yang mana anak-anak terdedah dengan pelbagai serangan pemikiran seperti sekularisme, islam liberal dan golongan LGBT.

“Selain itu, dengan menghadiri majlis ilmu seperti hari ini, ianya bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan sesama kita, bahkan ia merupakan platform terbaik untuk kita bertukar-tukar pandangan serta berkongsi idea.” katanya

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program “Kalam Bidadari Syurga” di Masjid Mujahidin, Bukit Gasing, semalam.

Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang turut diserikan dengan tazkirah ringkas, pertandingan mewarna, dan pertandingan hias kuih tradisional.

Turut hadir Pegawai Seranta Hal Ehwal Wanita i-MiTS Terengganu, Faridah Omar, dan Pendakwah Bebas, Noorzila Mohamad.


Tuan Faizah turut megharapkan agar program yang baik seperti ini, dapat dijalankan secara berkala sebagai tempat untuk berkumpul dan berjumpa serta dalam masa yang sama meningkatkan ilmu pengetahuan tentang agama.

Katanya, semoga program ini memberi kekuatan kepada wanita di negeri Terengganu khasnya di Dun Rhu Rendang untuk bersama-sama membangunkan keluarga, masyarakat dan Terengganu yang tercinta,” tambahnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: