Wednesday, 23 October 2019

Usaha Itu Tangga Kejayaan - Haji Hanafiah

SHARE
Haji Hanafiah memberi suntikan semangat kepada 126 pelajar dari tujuh buah sekolah sekitar daerah tersebut hari ini.

KEMAMAN, 23 Oktober – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri,  Haji Hanafiah Mat merasmikan Majlis Apresiasi Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Cemerlang di Restoran Nostimo's di sini bagi memberi suntikan semangat kepada 126 pelajar dari tujuh buah sekolah sekitar daerah tersebut hari ini.

Katanya, seramai 19 orang guru dan 126 pelajar  daripada tujuh buah sekolah hadir ke majlis berkenaan.

“Program ini diadakan bagi memberi suntikan semangat kepada semua pelajar. Semoga semua calon SPM pada tahun ini akan mencapai keputusan yang cemerlang,” ujarnya  ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai turut berterima kasih kepada Ameerah DUN Chukai di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program tersebut.

Hanafiah menaruh keyakinan bahawa pelajar sekolah  daerah ini akan terus berusaha gigih agar meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

“Usaha  itu tangga kejayaan,” katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: