Wednesday, 30 October 2019

UMT Dalami Konsep Pembelajaran Abad Ke-21 Dengan Thailand

SHARE
Kembara Ilmu berkenaan turut disertai 14 guru-guru dari sekolah sekitar Kuala Nerus.

Oleh : Rusdi Abdullah/Ariss Alias

KUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Seramai 88 peserta daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan beberapa agensi pendidikan mengadakan lawatan ke Thailand bagi mendalami konsep Pembelajaran Abad Ke-21 yang sedang dilaksanakan di sana.

Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT, Dr Fazrul Hisam Abd Aziz berkata, kunjungan berkenaan yang turut melibatkan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Nerus mampu memperkasakan sistem pembelajaran di Malaysia.

“Fokus kami adalah meninjau dan mempelajari kaedah terbaik dalam pengurusan pentadbiran dan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 untuk dibawa pulang dan dihebahkan di Malaysia umumnya di Negeri Terengganu dan dipraktikan di sekolah masing-masing.


“Di samping dapat mengukuhkan kerjasama erat antara UMT bersama Universiti Prince Of Songkla,” katanya dalam ketika dihubungi pemberita.

Dalam pada itu, Pengarah Projek Empower ECER UMT, Wan Mohd Azeelan yang turut hadir memaklumkan, lawatan singkat itu akan memberi kebaikan kepada warga pendidik khususnya dari dua negara berjiran.

“Sekali gus membina jaringan permuafakatan, kerjasama sosial yang lebih luas mengenai pembangunan pendidikan,” tambah beliau.





SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: