Tuesday, 15 October 2019

Ujian Hidup Kuatkan Semangat Tempa Kejayaan

SHARE


CANSELOR Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA), Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) Mohd Aswan Mohd Amin pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-11  di Kampus Gong Badak
KUALA TERENGGANU, 15 Oktober – Ujian kehidupan yang melanda hidup Mohd Aswan Mohd Amin, seorang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) menguatkan semangat beliau untuk menempa sebuah kejayaan.

Beliau berumur 24 tahun adalah anak ketujuh daripada sembilan adik beradik berasal dari golongan yang miskin merupakan graduan pertama yang dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja (pingat Jaya Cemerlang) oleh canselor UniSZA, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam bidang tersebut.

Ayah beliau bernama Mohd Amin bin Sabang manakala nama ibunya pula Darwani Usin sudah tidak tinggal bersama beliau kerana sudah berpisah.

 “Sepanjang 24 tahun kehidupan saya tidak dicorak dengan indah apabila perpisahan ayah dan  mama berlaku. Banyak perjalanan gelap yang saya lalui.

“Perpisahan ibu bapa saya menjadi kekuatan kepada saya menjadi terus berusaha,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Idul Ilmi Konvensyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-11 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kampus Gong Badak di sini, semalam.

Mohd Aswan Mohd Amin (kiri) dan Wan Alif Asyraf Wan Nor Ruddin (kanan)

Mohd Aswan merupakan anak yang pertama mengangkat martabat keluarga kerana adik beradik yang lain tidak dapat meneruskan pengajian disebabkan kesusahan hidup.

 Beliau yang kini bekerja sebagai Pegawai Dakwah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam  di Sabah berkata, aspek kesusahan hidup bukan penyebab untuk beliau belajar tetapi ia menjadi satu lonjakan  untuk mengubah nasib keluarganya.

Sehubungan dengan itu, Wan Alif Asyraf Wan Nor Ruddin, 24 tahun telah menerima pengiktirafan Anugerah terbaik Program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian di UniSZA, semalam.

Katanya, setiap pagi apabila bangun daripada tidur beliau akan terbayang wajah ibu bapanya yang menjadi kekuatan dan pembakar semangat untuk menuntut ilmu.

Wan Alif Asyraf Wan Nor Ruddin, menerima pengiktirafan Anugerah terbaik Program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian

“Saya kena tunjukkan contoh kepada adik-adik saya. Walaupun apapun (yang) terjadi keluarga tetap nombor satu .

“Tiada duit (untuk belajar) bukan satu alasan . selagi kitaorang (sihat) kita boleh buat ‘parttime’,” tambah beliau.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: