Thursday, 17 October 2019

'Tour Of Peninsular' : Amirull, Harrif Takluk Peringkat Ketiga

SHARE
Unggul atasi pelumba lain. Foto oleh - media TSG.

KUALA TERENGGANU, 17 Oktober – Dua pelumba Terengganu Inc. Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Mohd Harrif Saleh memberikan kejayaan berganda kepada pasukannya dalam peringkat ketiga Tour of Peninsular (ToP) sebentar tadi.

Amirull muncul juara selepas unggul mengatasi pelumba Iran, Amir Kolahdozhagh yang mewakili pasukan Taiyuan Miogee Cycling Team.

Kemenangan pada peringkat ketiga tersebut membolehkan Amirull merampas jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan, jersi putih untuk kategori pelumba terbaik Asia dan jersi biru sebagai raja pecut.

Sementara itu, pecutan Harrif di garisan penamat berjaya mengulangi pencapaian semalam untuk menduduki tangga ke-3 selepas berada 11 saat di belakang Amirull.
Amirull cemerlang sekali gus menjadi pendahulu keseluruhan.
Perlumbaan sejauh 172.7 kilometer (km) berkenaan menyaksikan pakar bukit turut bersaing merebut mata di KM52.3 Sri Jaya. 

Aiman Cahyadi dari Pgn Road Cycling Team, Indonesia dinobatkan selaku pemenang jersi merah atau raja bukit setelah menewaskan Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff dari pasukan Team Sapura Cycling (TSC).

Perlumbaan ToP 2019 berstatus 2.1 akan bersambung esok dari Sungai Koyan ke Cameron Hingland sejauh 89 km membabitkan dua zon pecutan iaitu di Kampung Tiat dan Kampung Leryar.

Perlumbaan esok pastinya sangat mencabar apabila ia membabitkan dua zon pendakian paling sukar iaitu di KM78 Ringlet dan KM89.5 Tanah Rata, pemenang dalam peringkat ini dijangka akan menjadi juara keseluruhan.

Harrif terus menghampakan pelumba TSC.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: