Thursday, 17 October 2019

Tiga Lokasi Utama Banjir Dikenal Pasti

SHARE
Khalil bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) meninjau lokasi banjir.
Oleh:  Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 17 Oktober- Tiga lokasi utama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dikenal pasti sebagai kawasan utama yang akan menghadapi banjir berdasarkan rekod yang diutarakan oleh agensi-agensi terlibat.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tiga lokasi terbabit ialah Kampung Aur, Kampung Kolam Kuala Ibai dan Kampung Gong Kemunting.

“Tahun lalu, sebanyak 50 buah keluarga terlibat di dalam nahas banjir di DUN ini.

“Kita telah mengambil tindakan selepas kejadian tersebut melalui agensi agensi kerajaan terlibat melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT),” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Cerung Binjai, Chendering dalam rangka lawatan lokasi utama banjir dalam Kawasan Batu Buruk, hari ini.
Muhammad Khalil.

Muhammad Khalil yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan,Perindustrian,Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri berharap rakyat terus berdoa kepada Allah S.W.T agar terhidar musibah dalam negeri dan negara ini.

“Kita juga melihat kepada situasi terburuk, sekiranya berlaku banjir pada tahap luar biasa sebagaimana terjadi di Kelantan pada tahun 2014 dan Kemaman pada tahun sebelumnya yang melibatkan pemindahan mangsa dalam skala besar.

“Persiapan dari sudut kebajikan dan bekalan makanan telah dibuat dan saya yakin, pihak-pihak terlibat dengan bantuan masayrakat telah bersedia menghadapi banjir yang akan tiba bila-bila masa,” katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: