Monday, 28 October 2019

Tiada Tangkapan Pada Malam Deepavali

SHARE



Oleh: Aslam Wira
Foto: Khairan Mat Jusoh

MARANG, 28 Oktober - Tiada sebarang tangkapan oleh Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (AMAR) pada  malam sambutan Hari Deepavali di daerah ini menandakan satu reaksi positif kepada komuniti dan kerajaan Negeri.

Ketua Skuad AMAR, Nasaruddin Samsudeng, berkata seperti sedia maklum, operasi mencegah jenayah syariah dan serbuan ke hotel-hotel atau rumah tumpangan sentiasa diadakan secara berkala.

Katanya, langkah itu antara faktor tangkapan yang dibuat telah berkurang dari masa ke semasa


“Bagaimanapun, operasi pencegahan kesalahan jenayah syariah ini akan diteruskan bagi membendung aktiviti tidak bermoral terus berlaku selain menjaga kesucian agama islam itu sendiri,” katanya ketika ditemubual oleh Urusetia Penerangan Darul Iman hari ini.

Operasi yang bermula 12 tengah malam sehingga 5 pagi itu dijalankan di sekitar hotel serta rumah tumpangan dalam daerah Marang melibatkan 11 orang Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Marang dan 12 orang ahli Skuad AMAR.

Pada masa sama, Jumaat lalu, satu program “Street Dakwah” dimana sebaran risalah berkaitan kesalahan jenayah syariah berkelakuan tidak sopan di tempat awam telah dilakukan di Taman Rekrasi Pulau Kekabu.

Nasaruddin menjelaskan bahawa sebaran risalah tersebut adalah bagi memberi pengetahuan kepada orang ramai khususnya anak muda tentang kesalahan seperti berpakaian ketat dan berdua-duaan tanpa ikatan yang sah.

“Perbuatan tersebut adalah merupakan satu kesalahan jenayah syariah di mana mereka boleh dikenakan hukuman denda RM1000 dan penjara dua tahun atau kedua-duannya sekali.

“Program ‘Street Dakwah’ ini juga dijangka akan dijalankan pada setiap hari jumaat petang dan setiap Dewan Undangan Negeri akan memilih satu lokasi untuk program tersebut.” katanya

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: