Friday, 18 October 2019

Terima Kasih Kerajaan Pusat-Alias

SHARE


 Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 18 Oktober- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengambil keputusan untuk membina Velodrom Azizulhasni Awang dengan kadar segera memandangkan pembinaannya sudah lama tertangguh. 

Katanya, penghargaan sama turut diberikan kepada Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Steven Sim Chee Keong yang akan merealisasikan projek yang pernah diadakan perletakan batu asas bertempat di Kampung Balai Besar sejak sepuluh tahun yang lalu.

"Para peminat lumba basikal memang telah menanti agak lama, dengan adanya velodrom tersebut, ada tempat untuk mengasah minat dan bakat mereka," ujarnya ketika dihubungi pemberita.

Alias berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengenai projek velodrom bernilai RM14 juta itu sudah masuk tender dan  dijangka akan siap dua tahun dari sekarang.

Katanya, pengumuman tersebut mendapat reaksi positif rakyat negeri ini dan berharap projek tersebut dapat dilaksanakan sebaik mungkin sebagaimana yang dirancang.

“Umum mengetahui bahawa Terengganu merupakan tempat lahirnya ramai pelumba-pelumba berbakat negara,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: