Sunday, 13 October 2019

Terima Kasih Bomba

SHARE
Faizal (kanan) menyampaikan sumbangan hamper kepada Nurhilman (kiri) mewakili seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kemaman.
Oleh: Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN, 13 Oktober - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat menyerahkan sumbangan hamper kepada 74 orang anggota bomba yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman serta Balai Bomba dan Penyelamat Chukai.

Sumbangan itu bertujuan untuk menghargai jasa-jasa mereka yang telah memberi perkhidmatan cemerlang dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat terutamanya di daerah Kemaman.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, Mohd Nurhilman Johari ketika ditemui terharu di atas keprihatinan, sokongan dan dorongan Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai kepada warga bomba.


"Walaupun kami berada di dalam komuniti yang kecil tetapi sentiasa mendapat perhatian daripada pihak Yang Berhormat (YB) dan kami amat berbesar hati menerima sumbangan ini.

"Kerajaan negeri tidak mengira kedudukan kami yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat dan kami akan sentiasa memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan," tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kunjungan ke Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman di sini baru-baru ini.

Sumbangan diwakili dan disampaikan oleh Pegawai Khas ADUN Cukai, Mohd Faizal Yunus.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: