Thursday, 10 October 2019

Terengganu Teroka Industri Solar

SHARE

MARANG, 10 Oktober - Projek janakuasa solar yang bernilai RM400 juta oleh Quantum Solar Park Malaysia di Kampung Jambu Bongkok, Merchang, di sini antara yang terbesar di Pantai Timur.

Langkah itu berupaya meletakkan Terengganu sebagai peneraju negara dalam Industri Tenaga Boleh Diperbaharui terutama tenaga solar.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata, stesen janakuasa solar berkapasiti 50 Megawatt itu  akan disalurkan kepada Tenaga Nasional Berhad.


Katanya, syarikat itu kemudiannya akan membekalkan tenaga elektrik bersih kepada kira-kira 30,000 isi rumah dan beberapa kawasan perindustrian berdekatan.

“Pendekatan itu mampu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 21 ribu tan setiap tahun,”katanya.

Beliau berkata demikian  selepas mengadakan lawatan kerja di tapak projek itu, di sini hari ini.


Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Haji Muhyidin Abdul Rashid, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: