Wednesday, 2 October 2019

Terengganu Anjur Karnival Inovasi ICT

SHARE
Yb Ariffin bin deraman ( kiri ) bersama Puan Afnida Aini Bt Alwi  mengadakan sidang media bersempena Karnival Inovasi ICT Peringkat Negeri Terengganu 2019
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober - Orang ramai diseru agar hadir beramai-ramai ke Karnival Inovasi (KIICT) kerana ia penting untuk membangun minda  generasi muda khususnya belia dan pelajar sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Tekonlogi Maklumat, Ariffin Deraman berkata, program tersebut  ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri Terengganu.

“Program tersebut merupakan flatform  terbaik bagi memberi pendedahan dan kesedaran tentang perkembangan teknologi ICT semasa serta memberi peluang  kepada pengunjung untuk mengikuti taklimat  dan bengkel ICT yang ditawarkan secara percuma oleh pemiliknya.

 “Antaranya ialah Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Malaysian Administrative Modernisation And Management Planning Unit (MAMPU), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Malaysia Automotive, Robotics And Iot Institute's (Marii), Sme Corporation Malaysia (SMEcorp), Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Softbravo, Tarbiyyah Kreatif, Magic dan  Terengganu Digital TD1303,” ujarnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat  berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Iman, pada hari ini.

Turut hadir sama ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Puan Afnida Aini Bt Alwi.

Menurutnya, Sebanyak 22 agensi pempamer daripada  jabatan dan agensi kerajaan dan swasta serta sekolah-sekolah di seluruh negeri Terengganu turut mengambil bahagian untuk mempamerkan hasil produk inovasi ICT.

Karnival tersebut berlangsung selama tiga hari bermula pada 6 sehingga 8 Oktober 2019 bertempat di Terengganu Digital Hub (TD1303).

Oleh itu, kata beliau, terdapat pelbagai aktiviti menarik turut disediakan antaranya, pertandingan Esport seperti PUBG dan Mobile Legend, pertandingan Bayblade, Demonstrasi Robotik dan Percetakan 3D, Science Challenge, Cabaran Stem, Robot Tracer, Pengalaman Virtual Reality dan Portable Dome Show.

“Penganjuran kali ini mensasarkan jumlah pengunjung melebihi 10 ribu orang dari pelbagai lapisan umur,” tambah beliau.

Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 8 Oktober 2019.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: