Tuesday, 8 October 2019

Temasya Sukan Galakkan Interaksi Aktif Dan Sihat

SHARE


KUALA TERENGGANU, 8 Oktober – Program Temasya Sukan dapat menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat di kalangan masyarakat kampung supaya dapat memupuk permuafakatan dan perpaduan yang utuh.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Tok Beng, Md Azhar Mohd Tahir berkata, , ia juga boleh mengeratkan hubungan yang baik di antara satu sama lain melalui semangat kesukanan yang tinggi.

Melalui sukan tersebut secara langsung menyemai dan memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti bersukan.

“(Dan) melahirkan masyarakat yang minat bersukan dan sihat,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program tersebut di  Dewan Balairaya Bukit Tok Beng pada pada hari Sabtu, 5 Oktober.

Justeru itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua komuniti dan jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus-lumus menjayakan Temasya Sukaneka Bukit Tok Beng 2019.

“Semoga kerjasama dan sokongan padu seperti ini akan berterusan di masa akan datang,” tambah beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: