Tuesday, 15 October 2019

Tawar Santan Percuma

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU, 15 Oktober- Perniagaan Santan Budiman yang diusahakan oleh Marzuki Abdullah mencipta kelainan apabila menawarkan santan percuma sempena pembukaan kedainya, kelmarin.

Katanya, pengagihan santan secara percuma itu sebagai langkah mempromosikan perniagaan yang diusahakan kepada orang ramai.

Katanya, dia memilih untuk terlibat dalam perniagaan tersebut kerana yakin dengan pasaran santan di negeri ini.

"Perniagaan santan menjadi pilihan kerana di Terengganu ini didapati banyak kedai-kedai makan serta restoran yang menggunakan santan sebagai bahan utama didalam masakkan dan ianya juga digunakan semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa.

"Kerana itu kita sasarkan jualan kepada semua tanpa mengira pemilik restoran, peruncit, mahupun hotel-hotel di sekitar Terengganu ini yang akan kita bekalkan dengan harga yang berpatutan dan akan dihantar secara percuma jika dibeli melebihi tiga kilogram,"ujarnya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman.

Marzuki berkata, santan yang dijual olehnya juga merupakan santan asli dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: