Saturday, 5 October 2019

Tangkap Ikan Guna Bubu Hasilkan Pendapatan Lumayan

SHARE
Haji Mohd Nurkhuzaini dan Dr Azman bersama-sama mengangkat bubu di perairan Pulau Karam Payung 


Oleh : Mustaqim Afandi

BESUT, 5 Oktober - Menangkap ikan dengan menggunakan bubu mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan jika diuruskan secara konsisten.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, ia boleh menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit.

‘Ini kerana didalam sebuah bubu itu terdapat pelbagai jenis ikan yang tinggi nilai harga dipasaran seperti ikan kerapu pisang, siakap, jenahak dan macam-macam lagi.


"Lagipun sebanyak 30 hingga 40 ekor ikan dapat ditangkap dalam satu-satu masa selain menjimatkan waktu di kawasan perairan pantai," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program pengagihan As-syura  kepada ahli persatuan nelayan Kota Putera di Jeti Nelayan Kampung Raja, pada semalam.

Turut hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim.

Katanya, pada kebiasaanya, nelayan menjatuhkan bubu di perairan Pulau Karam Payung dengan kedalaman laut antara 20 hingga 30 meter selama empat hari.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: