Friday, 11 October 2019

Sultan Mizan Solat Jumaat Bersama 1,200 Rakyat

SHARE
Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
Oleh: Ahmad Mawardi Abdullah

KUALA TERENGGANU, 11 Oktober - Hampir 1,200 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu, di sini hari ini.


Sultan Mizan, yang tiba jam 12.45 tengah hari turut diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Mohd Azahar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun, Pesuruhjaya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato' Osman Muda dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: