Sunday, 6 October 2019

Sos 'Homemade Ngosek Boh' Hantui Penggemar

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 6 Oktober- Menyedari hakikat sos begitu digemari dan menjadi pilihan ramai, mencetuskan idea kepada Mohd Radzi Mat Lela, 41, dan isterinya Mazila Ghani, 34, untuk menghasilkan sos buatan sendiri dengan dijenamakan sebagai 'Homemade Ngosek Boh'.

Bermula hanya dengan menjual di warung, dengan pelbagai jenis makanan antaranya rojak buah yang diadun dengan resepi sos rojak berkenaan berjaya menarik minat orang ramai untuk memilikinya.

"Setelah mencuba, pelanggan mula bertanya, tiadakah sos sahaja yang dijual bagi dijadikan stok di rumah dan digunakan pada bila-bila masa.

"Bermula dari situ, kami mula berfikir untuk menjual sos dengan inovasi yang lebih baik,  dengan menghasilkan pelbagai jenis sos buatan sendiri yang  lazat dan istimewa maka terciptalah lima jenis sos 'Homemade Ngosek Boh' yang sungguh istimewa awal tahun lalu, "jelas Radzi.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di premis perniagaannya di Felda Jerangau, baru-baru ini.

Jelasnya, lima jenis sos yang didatangkan oleh 'Homemade Ngosek Boh' ialah, Sos Rojak Buah, Sos Thai, Sos Kerabu, Sos Blackpeper Ori dan juga 'Blackpeper Cheese'.

"Dimana Sos Thai sesuai dijadikan sebagai pencicah pada makanan seperti sosej, ayam goreng, keropok, nugget dan sebagainya.

"Sos Kerabu pula antara produk terbaru yang kami hasilkan, dimana sangat sesuai untuk menghasilkan kerabu perut, maggi, kerabu sohun," ujarnya.

Menurut Radzi, dua sos lagi yang mendapat permintaan yang tinggi iaitu Sos Blackpepper dan Sos Blackepepper Cheese yang menjadi pilihan bagi pengemar 'Western Food' seperti 'Chicken Chop' dan 'Lamb Chop'.

Katanya, melihat kepada sambutan yang mengalakkan dari pelanggan sehingga selalu diulang tempahan, maka dia berhasrat untuk memasuki pasaran komersial di masa akan datang.

"Kami juga berhasrat untuk menjualnya melalui agen tetapi buat masa ini kami lebih senang meniaga sendiri dulu," ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: