Monday, 7 October 2019

Semangat Kesukanan Tinggi Mampu Tingkatkan Kemajuan Sukan Negeri

SHARE
Hishamuddin Abdul Karim.

Oleh : Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU 7 Oktober - Kemajuan sukan negeri mampu ditingkatkan dengan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi oleh atlet atau pemain yang bersaing di dalam sesuatu sukan yang dianjurkan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia,Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata beberapa bentuk tindakan akan diperkenalkan bagi meningkatkan kemajuan sukan negeri ke peringkat lebih tinggi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Tepuh berkata demikian ketika mengulas satu insiden pergaduhan yang berlaku dalam perlawanan bola sepak baru-baru ini.

“Walaupun ia merupakan isu yang terpencil, namun kita perlu mengekang wabak ini dari terus menular di kalangan anak muda negeri ini.

“Nasihat saya buat semua anak muda yang bermain bola sepak supaya jangan cepat terjerumus kepada serangan emosi.

“Tetapi kita perlu ambik sikap atas semangat kesukanan yang tinggi dan persaingan yang sihat supaya sukan di negeri kita ini mampu untuk terus ke depan dengan memiliki displin yang tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Perasmian Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT), di sini hari ini.

Tambahnya, sukan merupakan medan memupuk semangat berpasukan yang tinggi dan bukan semata-mata bertujuan mencapai kejuaraan.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: