Sunday, 20 October 2019

SBC FC Juara Bola Sepak Pantai Pulau Perhentian 2019

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 20 Oktober - Shisha Beach Cafe(SBC) Fc menjadi juara dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai Terbuka Pulau Perhentian 2019.

SBC FC menewaskan pasukan Aqua FC pada perlawanan akhir dengan penentuan sepakan penalti apabila seri satu sama.

Kejohanan yang berlangsung di Kampung Nelayan Pulau Perhentian selama tiga hari pada 17 Oktober sehingga 19 Oktober 2019 itu disertai oleh 31 pasukan dari dalam dan luar negeri Terengganu.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, beliau melahirkan rasa gembira kerana kejohanan pada kali ini cukup meriah dengan disertai oleh anak-anak muda.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau Perhentian kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya.

"In sha Allah kejohanan ini akan dijadikan sebagai acara tahunan di Pulau Perhentian," ujar Azbi Salleh ketika berucap dalam majlis penutup pada semalam.

Menurutnya, SBC FC membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2000, manakala Aqua FC mendapat RM1500 sebagai naib johan.

Turut hadir dalam majlis penutup ialah Ketua Pemuda PAS DUN Kuala Besut, Hafiz Yusof dan Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman.









SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: