Thursday, 24 October 2019

Pusat Jualan Minyak Nelayan Marang-KT Terbakar

SHARE
Bomba bejaya mengawal kebakaran.

Oleh :  Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 24 Oktober - Pusat Jualan Minyak Nelayan Kawasan Marang dan Kuala Terengganu Selatan, di sini musnah dalam satu kebakaran yang berlaku sebentar tadi.

Kejadian pada jam 2.45 petang itu turut membabitkan kawasan pendaratan ikan di Pelabuhan Chendering.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.00 petang.

Katanya, seramai 22 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marang bersama dua jentera termasuk satu lori tangki air dikerahkan ke lokasi bagi operasi pemadaman.

“Kebakaran telah marak dan merebak ke saluran paip yang mengalir minyak diesel.

“Semasa operasi pemadaman, berlaku dua letupan yang disebabkan minyak yang terlalu panas,” ujarnya ketika ditemui pemberita.

Rozizah Abni Hajar.
Menurut beliau, pihak bomba mengambil masa 45 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas satu jam dengan menggunakan pemadam kebakaran jenis buih.

“Minyak dalam stor penyimpanan tidak terjejas walau sedikipun tetapi saluran minyak tersebut tidak boleh digunakan lagi,” ujarnya.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: