Monday, 28 October 2019

Pupuk Ukhuwah Melalui Penganjuran Karnival Bukit Besi Sejahtera

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 28 Oktober- Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi akan menganjurkan Karnival Bukit Besi Sejahtera bagi memupuk ukhuwah dan merapatkan silaturahim sesama penduduk.

Pegawai Penyelaras DUN tersebut, Ghazali Sulaiman berkata, karnival julung kali dianjurkan itu akan berlangsung di Padang Astaka Jerangau Sungai, di sini, selama dua hari bermula 1 November ini.

"Karnival ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan diantara kita (pihak DUN) dengan penduduk setempat dan juga akan menjadi platform untuk rakyat bertemu dengan pemimpin kerajaan negeri," ujarnya kepada pemberita ketikia ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, hari ini.

Ghazali berkata, orang ramai dijemput untuk memeriahkan karnival yang sarat dengan pelbagai aktiviti menarik itu.

"Antara aktiviti yang dijalankan termasuk program kesenian Islam, sukan rakyat, berjalan kaki 10,000 langkah, bicara selebriti, forum isu semasa. Juga turut menanti hadiah cabutan bertuah yang istimewa untuk pengunjung," ujarnya.

Katanya, Karnival Bukit Besi Sejahtera turut memberi peluang kepada penduduk setempat untuk menjalankan urus niaga dengan menyediakan gerai dan tapak untuk disewa sepanjang karnival tersebut berlangsung.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: