Monday, 28 October 2019

Pupuk Kesedaran Cara Hidup Sihat

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 28 Oktober - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran cara hidup sihat di kalangan komuniti agar kesejahteraan keluarga dapat dicapai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, kerjasama erat antara MPKK dengan agensi-agensi kerajaan seperti Klinik Kesihatan dan lain-lain dalam menjayakan program bersama dapat merealisasikan hasrat kerajaan itu.

"Hari ini kesedaran rakyat di dalam penjagaan kesihatan adalah tinggi," ujarnya ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Panel Penasihat Kementerian Kesihatan Bukit Besi "Jom Cakna Kesihatan" bertempat di Balai Raya Kampung Padang Pulut, baru-baru ini.

Program itu anjuran bersama Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Kampung Betong, MPKK Padang Pulut, MPKK Bukit Merah dan MPKK Burung Baru.

Pelbagai acara diadakan untuk memberi kesedaran pentingnya mengamalkan cara hidup sihat seperti senamrobik, 10 ribu langkah, ceramah kesihatan dan banyak lagi.

Semnetara itu, Alias turut mengajak masyarakat  untuk bersama  MPKK memajukan dan mengeratkan silaturahim di kalangan komuniti kampung.

"Kita berpakat merancang, melaksanakan dan menjayakan aktiviti seperti memasak bubur asyura, bergotong royong, lakukan bersama dan libatkan juga agensi-agensi kerajaan," katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: