Tuesday, 15 October 2019

Program YB Bersama Rakyat Eratkan Hubungan

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 15 Oktober- Program YB Bersama Rakyat  merupakan program berkala yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang untuk mengeratkan hubungan pemimpin dengan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, setiap kali dianjurkan pelbagai program diadakan  untuk mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat.

“Antaranya,program ziarah ke rumah pesakit, futsal 12 tahun ke bawah,  pertandingan mewarna, menghias pulut kuning, timbang bola dan sumbangan sekampit beras, seekor ayam,” ujarnya ketika berucap sempena Program YB Bersama Rakyat  di Seberang Pintasan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut berharap para penduduk menjaga hubungan baik dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Sebarang permasalahan yang timbul sentiasalah pergi berjumpa MPKK, MPKK akan bantu semampu mungkin, kalau MPKK tidak dapat selesaikan mereka akan membantu (penduduk) dengan memanjangkan sebarang permasalahan itu kepada agensi yang terlibat," katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: