Tuesday, 22 October 2019

Program Dialog EXCO Bersama Rakyat Medan Salur Maklumat

SHARE


Oleh: Amiirullah Mansor

DUNGUN, 22 Oktober- Kerajaan negeri mengambil inisaitif mengadakan Program Dialog EXCO Bersama Rakyat sebagai salah satu pendekatan dalam menjelaskan dasar kerajaan kepada masyarakat serta akar umbi.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, ia juga bertindak sebagai patform untuk rakyat mengemukakan pandangan, permasalahan dan mengutarakan apa yang terlepas pandang.
Katanya, kerajaan negeri sentiasa cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyatnya termasuk dalam penyaluran sebarang maklumat.

“Kita tidak takut untuk lari dari rakyat kerana rakyat itu menjadikan sebagai ‘state holder’ (pemegang taruh) kepada kerajaan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Ceramah Pentas Bukit Tunggal Sejahtera di Padang Bola, Bukit Tumbuh, Bukit Tunggal, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Dr. Alias Razak; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Senator, Dato' Husain Awang

“Kita (Kerajaan Terengganu) berkhidmat kepada rakyat dan mereka berhak mendapat maklumat dan menyampaikan apa sahaja yang mereka tidak berpuas hati dan kita sebagai pembawa suara rakyat itu sendiri harus bijak menyelesaikannya,” tegasnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: