Tuesday, 22 October 2019

PIBG Perlu Rangka Program Berkesan

SHARE

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 22 Oktober - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di 21 buah sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi perlu merangka pelbagai program berkesan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dan sekolah.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, bagi tujuan itu sebanyak RM17,000 telah diagihkan kepada persatuan berkenaan.

"Dimana bagi sekolah yang mempunyai murid yang ramai kita bagi RM1,000 dan bagi sekolah mempunyai pelajar yang tidak ramai kita beri sebanyak RM500 melibatkan kesemua sekolah menengah dan sekolah rendah.

"Dengan sumbangan yang diberikan itu kita berharap agar ianya menjadi pemangkin supaya PIBG akan lebih kreatif untuk melakukan aktiviti yang mendorong kepada kecemerlangan pelajar," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pengerusi PIBG, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN (PKMD) Bukit Besi, semalam.

Jelasnya, peranan para guru dan ibu bapa sangat penting dalam mencipta kejayaan pelajar.

"Walaupun berada diluar bandar bukan faktor penghalang bagi mencipta kejayaan.

"Juga diharapkan agar PIBG mengambil cakna bagi memastikan tiada murid yang tercicir dari menerima pendidikan," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: