Saturday, 12 October 2019

Acara Sampingan Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan Sengit

SHARE
Pemenang-pemenang dalam acara sampingan.
Foto : Izzat Al-Qushairy

SETIU, 12 Oktober - Acara sampingan sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2019 berlangsung sengit sekali gus memeriahkan lagi acara tahunan terbabit.

 
Semalam seramai 76 peserta termasuk bagi acara sampingan diraikan dalam satu Majlis Makan Malam di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong di sini semalam.


Ia melibatkan enam orang dalam acara sampingan CEN 80 kilometer, 33 bagi 40 kilometer, serta 37 pelumba bagi pertandingan utama yang bermula 5 petang tadi iaitu CEI 2* 120 kilometer.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut berkesempatan menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik dalam beberapa acara sampingan tersebut.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Zahari Md Azahar, Pegawai Daerah Setiu, Sophian Abu Bakar.

Ahmad Samsuri menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Dalam kategori pasukan terbaik keseluruhan acara sampingan, kumpulan HKRC yang mencatatkan masa empat jam 35 minit dan dua saat dinobatkan sebagai juara edisi kali ini.

Mereka menewaskan kumpulan Mok Ngoh Stable yang ketinggalan dua minit di belakang, manakala Seri Panji Stable berada di kedudukan ketiga.

Mengungguli acara CEN 80 kilometer pula ialah Chong Wei Min daripada pasukan Qaleesya An Nasser selepas mengalahkan lima lagi pesaing lain.

Manakala Almakmur Nugraha muncul juara dalam kategori CEN 40 kilometer, sementara Mohd Ashari Ismail serta Hannah Irdina di tempat kedua dan ketiga.

Peserta cilik turut mengambil bahagian.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: