Thursday, 10 October 2019

PERTIMA Raih Anugerah ‘The Brandlaureate World Halal BestBrands Award Consumer Canned Sardines’

SHARE


KUALA TERENGGANU, 9 Oktober - Pertima Terengganu Sdn Bhd (PERTIMA) berjaya merangkul salah satu anugerah berprestij  The Brandlaureate World Halal BestBrands Award Consumer Canned sardines oleh The World Brands Foundation 2019 pada 29 September 2019 di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Pengurus Besarnya, Syed Mohd Asdi Tuan Ngah berkata, anugerah yang diterima Jenama Terbaik Produk Halal  (World Halal BestBrand) adalah satu pengiktirafan kepada para pengguna hasil rujukan  daripada pasaran, media sosial dan kerajaan.

Katanya, beliau menghargai dan menghormati sokongan orang ramai yang berterusan, menjadi pelanggan dan memberi sokongan kepada produk keluaran 100 peratus bumiputera, dibawah kerajaaan negeri ini.

“The Brandlaureate adalah satu yayasan untuk  penjenamaan dan satu badan yang mengiktiraf jenama di seluruh dunia dalam  bidang tertentu. Kalau ikutkan memang  bergantung kepada produk masing-masing dan mengikut kategori.

“Untuk PERTIMA, kita dapat  anugerah ini dibawah ‘canned food’ . Macam mana mereka dapat adalah daripada rujukan  daripada pasaran, pengguna ataupun media  sosial ataupun kerajaan. Banyak sumber-sumber dia dapat dan dipilih baru kita layak untuk dapat,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada hari ini, mengulas kejayaan mendapat anugerah tersebut.

“Brandlourate melihat lebih kepada  penjenamaan dalam pasaran, bagaimana kita  letakkan PERTIMA dalam pasaran Malaysia dan secara keseluruhan, dia akan tengok dari segi keberadaan produk kita dalam pasaran, bergantung kepada kita punya promosi, produk kita dikenali oleh pengguna... jadi itu yang penting bagi kategori,” ujar beliau.

Justeru itu, Syed Nohd Asdi mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan para pelanggan yang tetap menyokong produk bumiputera keluaran Terengganu.

“Kita  mengucapkan terima kasih kepada  brandlourate atas anugerah dan juga kepada kakitangan PERTIMA dengan dedikasi dan komitmen mereka dengan barang yang berkualiti serta penjenamaan  diluar pasaran dengan pasukan kita yang agak baik. Jadi di atas faktor itu kami rasa  kami layak untuk menerima anugerah  ini,” tambah beliau.





SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: