Tuesday, 29 October 2019

Perluas Agenda Dan Peranan Masjid

SHARE

KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid diseru agar memperluaskan agenda dan peranan 'baitullah' itu agar tidak hanya dilihat sebagai tempat solat sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa  Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, program-program yang dianjurkan oleh pihak masjid mestilah mencakupi segala aspek termasuk menyemai perpaduan umat.

“Kita nak hidupkan dan nak buat serta nak bawa hala tuju masjid ini atas tiga perkara iaitu  yang pertama adalah memajukan dan memakmurkan masjid.

“Yang kedua melaksanakan agenda penyatuan ummah. Masjid biar jadi tempat bersatu orang Islam bukan tempat 'baloh' (bergaduh). Kita nak jadikan  masjid ini jadi (sebagai) tempat agenda penyatuan ummah dan yang ketiga memperluaskan agenda dan peranan masjid,” jelasnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata demikian ketika merasmikan  Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Jawatankuasa Masjid Sesi 2019-2022 di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu Ustaz Azmi Tengah, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) dan wakil Bank Muamalat Malaysia berhad Cawangan Kuala Terengganu.

Oleh itu katanya, umat Islam harus memastikan  tiga perkara tersebut dijaga dengan baik kerana orang bukan Islam sedang memerhatikan gerak geri  yang dilakukan lebih-lebih lagi pada dunia akhir zaman.

“Musuh Islam cuba tengok dan ambil perhatian  nak menjadikan orang Islam  sentiasa bermusuh dan dia nak bermusuh lah kamu (orang Islam) selama-lamanya.


“Pakat mikir lah sebab kita nak letak Terengganu ini maju, berkat dan sejahtera. Dan di antara (salah satu) punca nak maju ialah masjid,’’ tambah beliau.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: