Wednesday, 23 October 2019

Perlu Tanam Minat, Ceburi STEM

SHARE




KUALA TERENGGANU, 2 Oktober- Masyarakat  di negeri ini terutama  ibu bapa perlu menanam minat murid-murid menceburi bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM), selain perlu menukar stigma daripada mata pelajaran membosankan kepada menyeronokkan.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata dia percaya melalui program sebegini, semua pihak dapat bergerak seiring dengan satu tujuan bagi memenuhi keperluan di bidang yang melibatkan STEM dan professional pada masa hadapan.


Katanya, Malaysia hari ini memerlukan tenaga mahir dan kepakaran dalam bidang STEM. Sehubungan itu, para pelajar perlulah bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu pendidikan STEM bagi menepati gaya hidup abad ke-21 supaya ilmu tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan tanpa melupakan nilai-nilai agama yang berlandaskan Al-Quran.

“Al-Quran merupakan huda atau petunjuk Ilahi. Dengan petunjuk itu manusia mampu mencapai hasanah di dunia dan hasanah di akhirat. Petunjuk Al-Quran juga membentuk minda umat Islam supaya berminda saintifik,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks yang dibacakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu,Dato'  Yahaya Ali pada Majlis Perasmian Penutup Spark Your Creativity Challenge, di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, semalam.

Katanya, kemanapun kita pergi jangan lupakan al-Quran dan untuk menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan akhirat.


“Jangan sesekali takut untuk bergerak ke hadapan, teruskan perjuangan walaupun kita pernah gagal. Jadikan kegagalan semalam untuk kejayaan pada masa hadapan.,”katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: