Wednesday, 9 October 2019

Perkeso Bantu Tiga Beradik Yatim Piatu

SHARE



Oleh: Aslam Wira

MARANG, 8 Oktober – Tiga beradik yatim piatu yang kematian ibu-bapa dalam kemalangan di Muadzam Shah, Rompin, Pahang Khamis lalu  mendapat perhatian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

 Perkeso menyampaikan cek faedah pengurusan mayat sebanyak RM4,000 selain pencen penakat lebih RM900 sebulan sehingga usia tiga beradik itu, Aryan Riqky, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfaan Rakeen, 18 bulan meningkat 21 tahun kelak.

Faedah tersebut telah disampaikan oleh Isteri Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman kepada keluarganya di kediaman arwah pasangan tersebut di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, di sini.

Pengarah  PERKESO Terengganu, Farihah Che Husin, berkata pihaknya  sangat menghargai kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Terengganu kerana sudah banyak kes-kes skuad Perkeso perihatin telah mendapat perhatian kerajaan dalam memastikan faedah dapat disampaikan kepada mereka yang layak.

 “Oleh kerana kematian ini menyebabkan kematian kedua-dua pencarum iaitu ibu bapa, maka PERKESO juga akan mengambil mereka sebagai anak angkat perkeso.

“Untuk rekod, kami telah mengambil sembilan orang anak angkat di bawah pengendalian skuad PERKESO perihatin sejak tahun 2019.” Katanya.


Turut hadir adalah Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, Penyelia Pusat Khidmat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, dan Penolong Penyelia Institu Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang, Nor Asikin Muhammad.

Sementara itu, Tuan Faizah berkata, sebenarnya, Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, beliau sendiri berhajat, kerajaan akan membantu anak-anak ini dari sudut pendidikan sekiranya pembiayaan diperlukan.

“Saya juga ada membawa sedikit sumbangan peribadi dan berharap dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan keluarga ini,” jelasnya ketika sidang media di rumah waris.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: