Sunday, 6 October 2019

Peralihan Kuasa Masjid Muhajirin Berjalan Lancar

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 6 Oktober- Peralihan kuasa Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Muhajirin Felda Jerangau yang lama kepada yang baharu berjalan lancar dan berlangsung dalam suasana penuh harmoni

Pengerusinya, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, melalui amanah yang diberikan sebagai pengerusi baharu beliau akan berusaha memastikan berlakunya pertautan ukhwah yang erat dengan bekas AJK.

"Dimana sumbangan tenaga, idea dan pandangan dari AJK yang lama masih kita perlukan agar wujudnya satu kerjasama demi merancang dan mengadakan aktiviti yang baik bersama komuniti setempat.

"Bagi meningkatkan lagi jalinan kasih sayang diantara masyarakat dengan institusi masjid supaya dijadikan tempat rujukan dan juga membina pembentukan masyarakat yang baik terutama dari kalangan anak muda," ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, mengulas mengenai peralihan AJK masjid, di Pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Tanah Rancangan Felda Jerangau, baru-baru ini.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak pengurusan Felda yang meraikan ahli baru dan  lama.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: