Saturday, 5 October 2019

Pemindahan Gajah Liar Legakan Penduduk Kampung

SHARE

Gajah yang berjaya ditangkap, dipindahkan menggunakan lori.


Oleh : Fahmi Izzuddin

SETIU, 4 Oktober - Seekor gajah liar, dianggarkan berumur 14 tahun yang berjaya dipindahkan oleh sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu di Kampung Ulu Kekabu, melegakan penduduk kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahmad Khaidir Mohd Ridzuan, 32, gajah liar berkenaan sudah beberapa hari kelihatan berkeliaran di kawasan kampung terbabit dan kehadirannya mengundang keresahan penduduk kampung.

"Saya amat berterima kasih kepada pihak PERHILITAN atas kejayaan menangkapnya 30 September lalu dan membawa keluar gajah ini,"katanya ketika ditemui oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu proses pemindahan mamalia tersebut, semalam.
PPD Permaisuri, Zul Bhari (berjubah) bersama petugas dari PERHILITAN dan agensi lain yang terlibat dalam operasi itu.

Turut bersama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman yang meninjau dan melawat operasi berkenaan.

"Saya begitu teruja melihat anggota PERHILITAN mengendalikan operasi pada hari ini dengan komitmen yang tinggi, mengawal pergerakan gajah liar itu dengan baik dan saya berpeluang melihat gajah dengan dekat.

"Kini orang kampung tidak lagi berasa bimbang untuk ke kebun dan menjalani kehidupan seharian", katanya.

Gajah liar sedang di'pandu' oleh dua gajah denak ke lori.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: