Thursday, 3 October 2019

Pasukan Kampung YB Juara Piala ADUN Bukit Tunggal

SHARE
Dr Alias (tiga dari kanan) menyampaikan medal kepada pasukan yang bertanding.


Oleh : Safwan Syakir

KUALA NERUS, 2 Oktobe – Pasukan kampung asal Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr Alias Razak Bukit Tok Ris (BTR FC) muncul juara bolasepak Piala ADUN itu.

BTR FC berjaya merangkul kejuaraan kejohanan itu apbila berjaya menumpaskan Gong Sentul FC (GS FC) dengan satu gol tanpa balas di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam semalam.

Hadir sama menyaksikan perlawanan itu, ADUN Bukit Tunggal dan  Ketua Penyelaras Pemuda Dun Bukit Tunggal Wan Mohammad Nasiruddin Wan Ahmad.

Ketika ditemui Ketua BTR FC, Mohammad Firdaus Mohd Zuki menyifatkan kejayaan pasukannya adalah berkat doa, sokongan padu dan komitmen tinggi daripada setiap individu termasuk peringkat pengurusan dan penyokong.

Juara membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000 bersama piala pusingan dan piala iringan serta medal, manakala naib juara menerima RM2,000 dan medal.


Sementara tempat ketiga, dimenangi oleh Pak Katak FC  dan Tempat keempat, Bukit Tumbuh FC masing-masing membawa pulang RM1,000 dan RM700 serta medal.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: