Wednesday, 23 October 2019

MPKK Kampung Cina Cadang Tempat Letak Kereta Sementara

SHARE

KUALA TERENGGANU, 22 Oktober- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Cina menyarankan tapak rancangan pembangunan di kawasan tersebut dijadikan tempat letak kereta sementara.

Pengerusinya,Chua Kim Huat @ Jefri Chua berkata, kawasan itu yang terletak berhampiran Kampung Tiong telah dibersihkan setelah terbiar lama.

"MPKK syorkan supaya sekiranya projek lambat dijalankan (terlebih dahulu) dibuat tempat 'parking'.

"Memang molek dia bersih. Kita biar dia tambun biar cantik boleh sewa atau buat parking ke," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kedai makan di Kampung Cina pada hari ini.

Menurutnya, sebelum ini beliau dimaklum oleh pihak  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar telah menghantar surat kepada pihak berkenaan agar membersihkan kawasan tersebut.

Katanya, projek yang telah terbengkalai sejak lapan tahun dipenuhi semak samun menjadi sarang pembiakan nyamuk dan 'port' bagi aktiviti yang kurang sihat.

Oleh itu, tegas beliau, walaupun kawasan tersebut adalah milik satu syarikat tidak wajar jika dibiarkan begitu sahaja.

Apatah lagi menurutnya kawasan terbabit terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu.

"Walaupun kalau kira (itu) kawasan dia tapi menjadi satu kesalahan sebab kotor sangat," ujar beliau.

Tambahnya beliau dimaklumkan  kawasan seluas 10 ekar itu akan dibangunkan kondominium 30 tingkat.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: