Thursday, 10 October 2019

MB Terengganu Imam Solat Zohor Masjid Kuala Abang

SHARE

 
Gambar MB (kiri) mengimamkan solat zohor  di Masjid Kuala Abang disiarkan dalam status facebooknya hari ini.


DUNGUN, 10 Oktober - Mengimamkan solat bukan sahaja menjadi tanggungjawab imam yang dilantik bertugas di masjid dan surau tetapi imam juga sepatutnya menjadi tugas biasa mana-mana pemimpin termasuk pemimpin kerajaan.

Tanggungjawab ini dihayati dari amalan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul menjadi suri tauladan kepada seluruh umat Islam.

Baginda s.a.w. sebagai ketua kerajaan, menjadi imam solat fardhu di Masjid Nabawi di Madinah sepanjang hayatnya kecuali ketika keuzuran.

Inilah juga gambaran yang diperolehi apabila Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi imam solat zohor di Masjid Kuala Abang ketika dalam perjalanan untuk menunaikan jemputan ke satu program kerajaan di sini hari ini.

Suri tauladan yang baik ini perlu menjadi amalan biasa setiap lapisan masyarakat umat Islam di negeri ini sekurang-kurangnya untuk menjadi imam solat di kalangan keluarga sendiri.

Negeri Maju Berkat dan Sejahtera begitu bermakna dirasai apabila suri tauladan ini dihayati bersama.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: