Wednesday, 30 October 2019

Mayat Adik Danial Ditemui Hari Ini

SHARE

 
Mayat Mohd Danial Danish ditemui oleh pasukan pencari dan penyelamat pagi ini.
Oleh : Safwan Syakir

KUALA NERUS, 30 Oktober - Mayat adik Mohd Danial Danish Mohd Jasmin, 14, yang dilaporkan lemas di sungai Seberang Tuan Chik Haji semalam telah ditemui hari ini selepas hampir 24 jam operasi pencarian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, mangsa ditemui pada jam 10.50 pagi ini dari jarak 50 meter dari tempat kejadian lemas dilaporkan.

Katanya, mayat tersebut tersangkut pada tali dan dijumpai terapung ketika operasi pencarian memasuki hari kedua.

Mohd Danial  Danish.

Ketika dihubungi Rozizah berkata, proses pengecaman turut dilakukan oleh ayah mangsa setelah mayat berjaya dinaikkan.

Tambah beliau lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

Terdahulu, adik Mohd Danial Danish dilaporkan lemas ketika mandi di sungai berkenaan selepas mandi bersama lima rakanya pada jam 2.30 petang 29 Oktober lalu.
 
Mayat Mohd Danial Danish ditemui tersangkut ditali di Sungai Seberang Tuan Chik Haji.
Seramai 50 orang anggota pencari dan menyelamat dikerah, melibatkan empat agensi termasuk pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Kuala Terengganu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Amal Malaysia, dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Rozizah turut menasihat ibu bapa atau penjaga supaya mengawasi anak masing-masing daripada mendekati tempat-tempat yang berisiko tinggi dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan mereka di musim yang tidak menentu ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: