Wednesday, 2 October 2019

Malaysia Perlu Alternatif Tanam Pokok Hutan

SHARE
Satiful Bahri (tengah) dan rombongan Kerajaan Terengganu melawat  Bintulu Sarawak, melihat sendiri cara pemulihan hutan dibuat oleh dua buah syarikat pakar perhutanan negeri itu.

BINTULU, 2 Oktober - Malaysia memerlukan tindakan alternatif untuk menanam semula pokok hutan kerana negara telah banyak kehilangan kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata negara semakin hilang kawasan hutan ketika ini.

Rombongan kerajaan Terengganu diketuai Ustaz Satiful Bahri (empat dari kanan) melawat Bintulu, Sarawak baru-baru ini.
"Alternatif antaranya dengan menanam semula dengan pokok hutan," tulisnya dalam status facebooknya 28 September lalu.

Katanya, satu lawatan ke Bintulu diadakan mulai 25 hingga 28 September lalu bagi meninjau dan menimba ilmu pengurusan hutan dari dua syarikat pakar dalam bidang tersebut.

Rombongan Kerajaan Terengganu diberi taklimat mengenai cara-cara mengawal hutan.
"Syarikat itu ialah Sarawak Planting Forest dan Samilin. Sarawak Planting Forest yang mempunyai konsesi 431,000 hektar iaitu setengah keluasan negeri Terengganu.

"Manakala Samilin dengan keluasan 1.2 juta hektar (seluas negeri Terengganu) menanam beberapa spesis pokok seperti Acasia dan lain-lain. Melihat dari tapak semaian sehingga barang siap. Banyak perkongsian ilmu. Semoga bermanfaat untuk negeri Terengganu," tulis beliau.

Data Keluasan HSK Terengganu tahun 2010.
Menurut Catatan Portal Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, jumlah Hutan Simpan Kekal (HSK) negeri Terengganu pada tahun 2010 ialah 544,118.31 hektar.

Dari jumlah itu seluas 260,321.50 hektar hutan telah diteroka dengan aktiviti pembalakan dan sejumlah 106,120.20 hektar masih kekal sebagai hutan dara.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: