Monday, 14 October 2019

Majlis Konvokesyen UniSZA Kali Ke 11 Rai 3,474 Graduan

SHARE
Sebahagian graduan yang menerima ijazah sarjana masing-masing pada sidang pertama hari ini.


KUALA NERUS, 14 Oktober - Seramai 3,474 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-11 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang tiga hari bermula hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 61 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, graduan sarjana (102), sarjana muda (1,992) dan diploma (1,319).


Istiadat pembukaan majlis berkenaan disempurnakan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA.

Turut berangkat, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Abd Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Mohd. Zahari Md. Azahar; Pegawai Kewangan negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin; Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor dan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Sultanah Nur Zahirah berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands (M) Holdings Berhad yang juga ahli Lembaga Pengarah UniSZA, Dato' Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil 


Dalam majlis konvokesyen kali ini, UniSZA menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands (M) Holdings Berhad yang juga ahli Lembaga Pengarah UniSZA, Dato' Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil sebagai penghargaan di atas sumbangan beliau.

Anugerah Pelajaran Diraja dirangkul oleh dua orang graduan iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan kepujian, Mohd Aswan Mohd Amin, 24 dan Wan Alif Asyraf Wan Nor Ruddin, 24, yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian dengan kepujian.

Seet Yong Yin, 24, pula meraih Anugerah Pengasas Bioteknologi Pertanian bagi Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian dengn kepujian dan Wong Shi Yun, 24 graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan kepujian menerima Anugerah Malaysian Institute Of Food Technology (MIFT)

Manakala Nur Fazirah M.Warib, 25 menerima Anugerah Alumni Teknologi Makanan bagi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: