Sunday, 13 October 2019

Majikan Perlu Buat Caruman PERKESO

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 10 Oktober – Setiap majikan perlu membuat bayaran caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk setiap pekerja.

 Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman ianya sebagai tanda kecaknaan daripada pihak majikan terhadap kebajikan pekerja.

"Lagipun hanya sedikit amaun sahaja yang diperlukan untuk mencarum. Apabila terjadi kemalangan maka melayakkan pekerja untuk mendapat faedah tertentu dan ianya sangat membantu pewaris untuk meneruskan kelangsungan hidup sekiranya pasangannya telah tiada," ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita, ketika hadir pada Majlis Penyerahan Faedah oleh PERKESO kepada keluarga mangsa kemalangan maut, di Pasir Raja, baru-baru ini.

Sehubungan itu katanya, pihaknya akan mengadakan satu pertemuan antara PERKESO dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN tersebut

"Agar MPKK sedar dan tahu betapa peri pentingnya PERKESO ini apatah lagi banyak kemalangan yang berlaku didalam masa terdekat ini diharap membuka mata ramai pihak.

"Tinggal lagi maklumat kepentingan tersebut perlu disalurkan, jadi insya-Allah diharapkan agar pertemuan bersama MPKK akan mencambahkan nilai yang positif," jelasnya.

Tambahnya, sekiranya didapati majikan ataupun pengurus tidak mencarum, maka  individu itu sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk mencarum.

"Kita seboleh-bolehnya ingin mengelak daripada perkara tidak diingini berlaku.

"Namun malang itu selalunya tidak berbau, sepanjang kita bekerja tiada jaminan bagi memastikan kita sentiasa didalam keadaan selamat, kerana itu nasihat saya mencarumlah dengan PERKESO," jelasnya

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: