Tuesday, 29 October 2019

Latih Pelumba Berbakat Sejak Kecil

SHARE

Oleh: Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN, 29 Oktober - Latihan demi latihan diperlukan sejak awal usia untuk menjadi seorang pelumba motosikal yang profesional.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pelumba motosikal yang berbakat seperti Shahrol Yuzy, Hafiz Syahrin, Khairol Idham Pawi dan pelumba-pelumba profesional yang lain juga dilatih dari masa ke masa.

"Kita mengutamakan minat anak muda hari ini. Mewakili kerajaan yang dipilih oleh rakyat, kita sentiasa menyokong apa jua minat anak muda selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang Mini GP Race YBC Kemaman 2019 yang berlangsung di Dataran Padang Astaka, Kemaman di sini baru-baru ini.

Katanya, beliau melihat kejayaan program yang dianjurkan pada hari ini apabila menerima hampir 70 penyertaan.

Rata-rata yang hadir bukan sahaja dari Terengganu, bahkan ada juga yang datang dari Pahang, Perak, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan juga Negeri Sembilan.

"Setelah melihat penerimaan yang positif dalam penganjuran program kali ini, kita akan anjurkan lagi  pada masa akan datang dengan lebih meriah insya-Allah," ujarnya.

Pertandingan tersebut menyaksikan semua pelumba cilik yang hadir berentap bagi merebut kejuaraan di dalam empat kategori (Kids, Cadet, Expert dan Tertutup Kemaman) yang dianjurkan.

Kesemua kejuaraan kategori tersebut telah berjaya didominasi oleh pelumba-pelumba yang dari Terengganu.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: