Wednesday, 23 October 2019

‘Kuasai Strategi Dakwah Santuni Bukan Islam’

SHARE
Dr. Ridhuan dan Dr. Kamaruzaman bersama moderator, Ustaz Halias.
Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU, 23 Oktober - Masyarakat Muslim perlu menguasai teknik dan strategi dakwah yang berkesan dalam menyantuni golongan bukan Islam di negeri ini.

Pengarah program yang juga merangkap Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Sayyid Hasan berkata, pelbagai cara boleh dilaksanakan untuk memantapkan usaha dakwah dalam kehidupan umat Islam.

 “Dalam kecanggihan teknologi dunia hari ini, banyak saluran dan platfom yang boleh digunakan dalam mendekati mereka (masyarakat bukan Islam),” katanya sewaktu ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas Forum Perdana Islam & Dakwah di Masjid Al-Hijrah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, di sini, kelmarin.
 
Pihak penganjur bersama panelis.
Program anjuran iMiTS dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) tersebut bertujuan memberi pendedahan tentang strategi dakwah yang membabitkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam pada masa kini.

Penganjur turut menampilkan gandingan panelis khas terkenal iaitu Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff  yang banyak memberi idea tentang pendekatan dakwah dan kaedah mendekati orang bukan Islam supaya tertarik dengan agama.

Turut hadir, ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed dan Pengerusi MPKK PPR Hiliran, Zabri Awang.
 
Masyarakat setempat tidak melepaskna peluang hadir.
Tambah Sayyid Hassan, program yang berlangsung mendapat sambutan luar jangka di kalangan penduduk setempat.

“Sebenarnya kami tidak menjangka mendapat sambutan sebegini. Alhamdulillah, kami sangat berpuas hati dengan kehadiran yang dianggarkan 300 orang sehingga penghujung majlis,” katanya.


Antara peserta muslimat yang bertanya soalan dalam program berkenaan.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: