Monday, 7 October 2019

Kolaborasi Banteras Dadah

SHARE

Oleh : Jusmawari Jusoh

BESUT, 6 September - Kolaborasi diantara kerajaan negeri dengan agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut dalam membanteras gejala dadah diteruskan.

Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, pihaknya terus berusaha bersama-sama masyarakat bagi mengurangkan gejala tidak sihat itu.

"Seramai 120 orang peserta menyahut seruan untuk bersama-sama dengan Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor mendaki bukit di Pulau Rhu sempena bulan Kempen Anti Dadah peringkat Besut.

"Kita akan terus berkempen dan terus berkempen berkenaan bahayanya dadah kepada masyarakat terutama anak-anak muda kerana mereka generasi akan datang untuk memacu negara kita," ujarnya.


Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam program Rehlah di Pulau Rhu, pada semalam.

Menurutnya, aktiviti tersebut yang diadakan bertujuan untuk berkempen kepada anak-anak cara mengamalkan hidup sihat tanpa dadah.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pegawai AADK Besut, Puan Noor Hafizza Mat Zin berkata, daerah Besut merupakan kawasan yang semakin meningkat kadar penagihan dadah.

"Saya amat-amat berterima kasih kepada pihak Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr.Riduan Mohamad Nor kerana kesungguhan beliau dalam menangani isu dadah di Besut khususnya.

"Kami (AADK) tidak terdaya untuk menangani gejala ini sendirian tanpa sokongan mana-mana pihak dan berharap semua pihak termasuk ibu bapa dapat memainkan peranan," jelasnya.

Turut hadir sama ialah Prof. Dr. Uzaimah Ibrahim yang merupakan isteri Dr. Riduan dan Saudara Hafiz Yusof.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: